Rabu, 14 Februari 2018

Pengenalan BIOS




Apa itu BIOS dan Apakah Kegunaannya..
Kebanyakan dari anda yang kerap menggunakan komputer peribadi tentu akan biasa dengan terma BIOS atau singkatan daripada Basic Input/Output System. Pada kebiasaannya, anda boleh mengetahuiserba sedikit peranan BIOS sebaik sahaja anda menghidupkan sistem komputer anda.


Apa itu BIOS?

BIOS adalah perisian aras rendah (low-level)yang merupakan perisian pertama yang dijalankan sebaik sahaja anda menghidupkan sistem komputer anda. Ia dikategorikan sebagai perisian aras rendah kerana ia berkebolehan mengawal bagaimana komponen-komponen perkakasan komputer patut berfungsi.

Ia menyediakan beberapa perkhidmatan yang membenarkan pengguna dan perisian-perisian pada aras yang lebih tinggi untuk melakukan konfigurasi pada tetapan komponen perkakasan komputer dan juga untuk mendapatkan maklumat berkenaan komponen-komponen tersebut secara langsung. Misalnya, anda boleh mengetahuikelajuan putaran kipas yang digunakan untuk menyejukkan pemproses dan juga suhu-suhu perkakasan-perkakasan tertentu di dalam kerangka komputer anda.

Bagaimana BIOS berfungsi dan bagaimana untuk menggunakannya..

Saiz program BIOS biasanya kecil sahaja, sekitar 16 MB. BIOS moden memiliki antaramuka pengguna dan biasanya dinamakan Setup Utility untuk membolehkan pengguna melakukan konfigurasi pada tetapan perkakasan-perkakasan.

Pada laptop atau tablet, anda mungkin akan mendapati BIOS yang digunakan merupakan versi ringkas, di mana ia hanya membenarkan pengguna untuk mengubah tarikh dan waktu selain tetapan ringkas lain seperti susun atur boot.

Untuk komputer desktop pula, kebiasaannyaBIOS yang terdapat pada papan induk tersebut menyediakan tetapan yang lebih banyak seperti mengubah klok CPU dan voltannya, mengubah memori yang dikongsikan antara CPU dan GPU, kependaman (latency) RAM dan lain-lain.
Melakukan konfigurasi pada BIOS lanjutan (advanced) agak merbahaya jika pengguna tersilap dalam melakukan tetapannya. 

Hal ini kerana setiap komponen-komponen perkakasan mempunyai had-hadnya tersendiri. Misalnya, jika pengguna menetapkan pemproses beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, ia boleh menyebabkan keseluruhan sistem menjadi lampau panas dan boleh merosakkan perkakasan tersebut. 

Oleh itu, langkah sebaiknya adalah pengguna membaca manual perkakasan tersebut sebelum ingin melakukan tetapan.

BIOS juga berperanan untuk menyimpan tetapan konfigurasi apabila sistem dimatikan. Untuk melakukan ini, ia memerlukan ingatan CMOS (Complementary Metal–Oxide–Semiconductor) meruap yang dikuasakan oleh sebiji bateri kecil.

 Tetapan ini akan hilang apabila bateri kecil tersebut ditanggalkan atau sudah kehabisan tenaga dan tetapan pada BIOS akan kembali sepertiasalnya ketika mula ia dikeluarkan dari kilang.


Komputer dan Peranti tidak boleh dihidupkan tanpa BIOS..

Tugasan penting yang dilakukan oleh BIOS adalah melakukan transisi dari mekanikal ke peringkat yang lebih abstrak. Ini bermakna apabila anda menghidupkan sistem komputer anda, BIOS merupakan perisian pertama yang dijalankan. Antara tugasan yang dilakukannya adalah menghidupkan kipas penyejuk, tahap kuasa elektrik, pengujian segera terhadap perkakasan-perkakasan, memuatkan pemacu-pemacu (driver), dan memulakan proses boot untuk sistem operasi.


Jika ada sebarang kegagalan sepanjang proses ini, BIOS akan memaparkan notis yang memaklumkan masalah yang berlaku.

Dual-BIOS

BIOS terdapat pada papan induk dan ia merupakan sebuah cip ingatan baca-sahaja (read-only) yang kecil. Perisian pada cip BIOS tersebut disediakan oleh pengeluar papan induk tersebut.

Jika cip ingatan ini gagal, BIOS tidak boleh dimuatkan dan seterusnya papan induk tersebut tidak boleh digunakan. Atas sebab itu, pengeluar papan induk menggunakan sistem Dual-BIOS pada papan induk-papan induk terkini.

Dual-BIOS berfungsi dengan dua cip BIOS digunakan untuk menyimpan tetapan BIOS; satu untuk kegunaan BIOS utama manakala satu lagi sebagai salinan sandaran (backup copy). Jika BIOS utama gagal berfungsi, sistem komputer perlu dihidupkan semula dan salinan dari sandaran akan dimuatkan dengan tetapan asal.

UEFI dan kaitannya dengan BIOS..

UEFI atau Unified Extensible Firmware Interface boleh dianggap sebagai BIOS versi moden yang lebih canggih. Fungsinya lebih kurang sama seperti BIOS tetapi memiliki ciri-ciri tambahan lain seperti kriptografi, diagnosa jarak jauh dan baik pulih komputer walaupun komputer tersebut tidak dipasang sistem operasi. BIOS jenis ini dicipta oleh Intel dan pertama kali muncul pada tahun 2005.

UEFI menjadi popular selepas kemunculan sistem operasi Microsoft Windows 8. Ia merupakan sistem operasi pertama yang menyokong penggunaannya.
Sebagaimana BIOS biasa, ia boleh disesuaikan mengikut kehendak pengeluar papan induk.

Kesimpulan
BIOS merupakan komponen penting untuk komputer-komputer dan peranti-peranti. Pekerja-pekerja sektor ICT seperti Juruteknik Komputer dan lain-lain boleh memanfaatkan pengetahuan dan tetapan pada BIOS untuk mengoptimumkan penggunaan perkakasan komputer anda.

Bagaimanapun, bagi pengguna biasa tetapan asal yang sedia ada pada BIOS sudah memadai untuk anda mengguna pakai sistem komputer anda tanpa sebarang masalah.

LAMAN : http://anakaskarpencen.com/blog/2015/07/bios-dan-kegunaannya/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan