Selasa, 20 Februari 2018

Kerajaan China usaha basmi aktiviti perlombongan kriptowang, gugat masa depan Bitcoin

Nilai yang sedang menyusut, upah transaksi yang terlalu tinggi, persaingan sengit antara pesaing dan juga tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di sesetengah negara, Bitcoin lewat kebelakangan ini agak kemarau dengan berita-berita baik. Terbaru, kerajaan China sedang berusaha menyingkirkan pihak-pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin.

Menurut laporan dari Bloomberg;
Chinese authorities outlined proposals this week to discourage bitcoin mining — the computing process that makes transactions with the cryptocurrency possible. Officials plan to limit the industry’s power use and have asked local governments to guide miners toward an “orderly” exit from the business, people familiar with the matter said […] Miners have until recently flocked to China because of the country’s inexpensive electricity, local chipmaking factories and cheap labor. They now have little choice but to look elsewhere.
Kriptowang boleh dilombong melalui proses set-set transaksi Bitcoin – yang dinamakan sebagai blok – yang diperakukan dan ditambah ke dalam lejar rantaian blok (blockchain). 
Proses perakuan ini banyak bergantung kepada kuasa pemprosesan komputer bagi menyelesaikan pengiraan matematik yang rumit – dengan hanya blok-blok yang telah siap diperakukan sahaja yang boleh dikira di dalam nilai Bitcoin.
Penguatkuasaan oleh kerajaan China terhadap aktiviti perlombongan kriptowang ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap perkembangan semasa mata wang digital ini. 
Pengetahun orang ramai berkenaan kriptowang ini juga secara umumnya masih lagi rendah dan kebanyakkan menganggap ia boleh digunakan untuk jadi cepat kaya. Keadaan seperti ini memudahkan sesetengah golongan yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kesempatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan