Selasa, 20 Februari 2018

Pemilikan Peranti IPTV dan DTTV Tanpa Label MCMC Boleh Didenda Sehingga RM100,000, Penjara


Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tidak menjual dan memiliki mana-mana peranti televisyen digital (DTTV) dan protokol Internet (IPTV) yang tidak mempunyai label MCMC.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan peranti yang mempunyai label MCMC adalah diperakui dan mematuhi standard teknik yang ditetapkan oleh MCMC.
Perbuatan menjual dan memiliki mana-mana peranti yang tidak diperakui atau tidak mematuhi standard teknik yang ditetapkan oleh MCMC adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan, berkongsi, memuat naik dan memuat turun sebarang filem, drama atau apa jua kandungan yang dimiliki dan disiarkan oleh penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan di mana-mana laman sesawang dan media sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan