Jumaat, 16 Februari 2018

Tiga syarikat dikesan guna perisian komputer cetak rompak


Terdapat Banyak CD Dan DVD software di rampas

PMGEORGETOWN, 5 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang mengesan tiga syarikat di negeri ini yang menggunakan perisian komputer cetak rompak dalam Operasi Hak Cipta, semalam.


Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Md Nasir Mohamad berkata, dua daripada syarikat itu ialah di Seberang Jaya membabitkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuteraan dan peralatan elektrikal.

"Sebuah lagi ialah kilang perabut di Batu Maung," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan di Seberang Jaya semalam, pihaknya merampas tiga komputer dan lima perisian cetak rompak bernilai RM44,000 serta merekod keterangan dua lelaki yang merupakan pengarah dua syarikat berkenaan.

Serbuan di kilang perabut di Batu Maung yang dilakukan kelmarin pula, KPDNKK merampas tiga komputer dan 10 salinan pelanggaran perisian komputer dipercayai tiruan bernilai RM99,000.

Md Nasir berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pengarahsyarikat berkenaan bag I membantu siasatan.

"Antara perisian yang dirampas dalam dua serbuan itu adalah Adobe, Autodesk dan Microsoft," katanya.

Beliau berkata, tiga kes itu disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan dan minimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Sejak awal tahun, 11 kes direkod di negeri ini membabitkan syarikat menggunakan perisian cetak rompak dengan nilai rampasan sebanyak RM1.5 juta," katanya.- BERNAMA





Tiga syarikat dikesan guna perisian komputer cetak rompak - Nasional ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan