Isnin, 16 April 2018

Melakukan Preventive Maintainence Di Makmal Aplikasi


Pada 21 February 2018
Saya dan rakan-rakan diberikan tugas untuk mengemas makmal Aplikasi

Alatan  yang digunakan
1)Kain buruk
2)Blower
3)Penyapu
4)Pemutar Skru
5)Cable Tie

6)Skop Sampah

Membuat Service Pada BIOS

Pada waktu terluang kami.
  1. Memastikan kedudukan PC seragam.
  2. On Pc dan monitor untuk menguji keadaannya.
  3. Membuat ujian "POST" terhadap PC untuk menguji dan set jam pada BIOS.
  4. PC dalam keadaan baik  dan isikan borang kuning tentang modal dan nama peralatan dalam pc masing masing dan senarai masalah yang berlaku

Belajar mengenai cara Install Window


Pada waktu terluang saya dan rakan meminta encik fuat untuk mengajar cara lain install window 
dalam beberapa cara.

Membuat Pameran dan Pertandingan Robot di Nibong Tebal




Pada 12/4/2018.
Saya,amir,thamin,lokman dan beberapa pengajar TKS mengikuti Pameran tersebut

Larian FIT MALAYSIA




Pada 7 April 2018 Terdapat evant FIT RUN .
Disana terdapat ramai pengunjung yang turut mengambil serta dalam evant ini.

Membuat Penyelanggaraan Pada PC


Pada waktu terluang saya membuka pc dan membersihkan habuk.
Dan mencari masalah yang mungkin boleh menyebabkan PC rosak.

Membuat Pemasangan Cable UTP CAT5E Pada Wall Plate






Pada 15/3/2018 kami satu kelas menjalankan kerja amali Network Strukture Cabling bersama PuanAnaruzi.Semasa amali tersebut  kami belajar cara pemasangan dengan betul dan mengunakan 
alatan yang betul.

Penggodam Russia curi rahsia siber Amerika Syarikat dari NSA



Penggodam dari Russia didapati telah mencuri rahsia sulit siber Amerika Syarikat pada tahun 2015 dari Agensi Keselamatan Kebangsaan (National Security Agency, NSA) Amerika Syarikat. Berdasarkan dari dua laporan media AS, ia berlaku setelah seorang pekerja menempatkan maklumat berkenaan ke dalam komputer miliknya di rumah.
Mengikut laporan dari The Washington Post, pekerja berkenaan bekerja di bawah Unit Tailored Access Operations di NSA sebelum dipecat pada 2015. Unit tersebut merupakan unit khas untuk penggodam-penggodam elite.

CPU Desktop Intel Coffee Lake kini di Malaysia – Harga bermula dari RM509



Intel tidak berapa lama sebelum ini telah memperkenalkan pemprosesan desktopnya yang baru, Intel Coffee Lake – dan pemprosesan desktop berkenaan kini telah pun tiba di Malaysia. Pemprosesan-pemprosesan ini telah pun diiklankan oleh peniaga-peniaga perkakasan komputer seperti di portal Lelong.my melalui peniaga ETECH PC dan juga laman Facebook Compuzone.

Setakat artikel ini ditulis, hanya empat jenis model sahaja yang ditawarkan berbanding keseluruhan enam jenis model yang diperkenalkan oleh Intel untuk Coffee Lake Desktop ini.

Cara tukar pelayar lalai di dalam Windows 10




Bagi anda yang baru sahaja menaik taraf sistem operasi dari Windows 7 atau Windows 8 ke Windows 10, anda tentu perasan Microsoft Edge telah ditetapkan sebagai pelayar lalai (default browser) anda. Walaupun sebelum ini anda menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox sebagai pelayar lalai tetapan anda.
Walaupun Microsoft Edge didakwa lebih pantas sedikit berbanding pesaing-pesaingnya,  ada beberapa sebab tertentu pengguna masih lagi berasa selesa menggunakan pelayar-pelayar lain mengikut kesesuaian masing-masing.

Microsoft menambah Tab ke dalam Windows Explorer – Menyediakan Fungsi Seakan Pelayar Web




Microsoft kini sedang mengusahakan penambahan tab ke dalam Windows Explorer, seterusnya membolehkan pengguna untuk meletakkan kelompok aplikasi yang sama ke dalam satu ruangan. Hasilnya, ia akan kelihatan seakan-akan tab-tab di dalam Microsoft Edge.
Fungsi ini akan dibawa untuk pengujian ke dalam Windows Insider tidak lama lagi. Malah, video berkenaan bagaimana tab ini akan berfungsi turut disediakan oleh pembangun-pembangunnya di Redmond. Berdasarkan video tersebut, penggunaan komputer bakal dipertingkatkan apabila ia disesuaikan dengan kebiasaan pengguna melayari web dengan menggunakan pelayar.

Nvidia umum Titan V – kad grafik PC paling berkuasa dengan harga jualan $2999




Nvidia mengumumkan sebuah lagi kad grafik paling pantas dalam sejarah pengeluarannya buat entah ke berapa kali pada tahun ini dengan kali dengan kehadiran Titan V. Kad grafik berseni bina Volta ini julung kalinya dihasilkan untuk kegunaan pengguna biasa.
Bagaimanapun, bukan pengguna yang biasa-biasa dapat menggunakannya memandangkan harga jualannya yang mencecah $2,999 (lebih kurang RM1,250). Fokus utama kad grafik ini adalah bagi kegunaan kecerdasan buatan (A.I.) dan juga pemprosesan simulasi saintifik.

Kerajaan Amerika Syarikat mengharamkan Penggunaan Kaspersky



Kerajaan Amerika Syarikat mengharamkan Penggunaan Kaspersky



Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani undang-undang melarang kerajaan persekutuan menggunakan perisian yang dihasilkan oleh Kaspersky Lab, lapor agensi berita Reuters.
Usaha menjadikan larangan ini termaktub di dalam rang undang-undang sudah pun berjalan sejak beberapa bulan yang lalu susulan arahan dari Department of Homeland Security yang memerintahkan supaya sebarang produk-produk Kaspersky dihentikan dan dialihkan keluar serta merta.

Samsung Electronics umum pengeluaran besar-besaran DRAM DDR4 10nm Generasi Kedua







Beberapa bulan yang lepas, Samsung pernah merancang untuk meningkatkan tahap pengeluaran unit DRAM. Terbaru, pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini, serta menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan spesifikasinya.
Unit DRAM terbaru dari Samsung Electronics ini merupakan DRAM DDR4 Generasi Kedua 10nm 8-gigabit pertama seumpamanya di dunia. Apa yang membezakan DRAM pengeluaran Samsung ini adalah ianya hadir dengan ukuran yang lebih kecil, serta peningkatan prestasi antara 10 hingga 15 peratus, lebih kecekapan dan lebih laju (3.6Mbps).

Microsoft terbit kemaskini pembaikan kerentanan sekuriti CPU Meltdown dan Spectre




Microsoft baru sahaja menerbitkan kemaskini pembaikan kecemasan bagi menyelesaikan masalah kerentanan sekuriti yang dinamakan sebagai Meltdown dan Spectre. Kedua-dua jenis kerentanan ini melibatkan hampir kesemua jenis cip pemprosesan yang dihasilkan sejak tahun 1995.

Intel lancar 5 cip Core terbaru dilengkapi dengan grafik Radeon, bersama-sama pesaingnya AMD






November yang lepas, seteru utama Intel dan AMD telah mengejutkan dunia perkomputeran dengan mengumumkan jalinan kerjasama menghasilkan cip laptop yang menggabungkan pemprosesan Intel Core dengan grafik AMD Radeon.
Kini bersempena CES 2018, hasil kerjasama berkenaan telah membuahkan ciptaan gabungan cip Intel Core i5 dan i7 dengan GPU discrete AMD Radeon RX Vega M. Bersama-sama pemprosesan dan GPU, setiap unit turut memiliki VRAM HMB2 4GB. Justeru, dapat menjimatkan ruangan di dalam laptop di samping meningkatkan tempoh penggunaan bateri.

Acer mula catat keuntungan selepas 7 tahun; Industri Permainan PC penyumbang utama



Acer kini telah mula kembali mencatatkan keuntungan setelah tujuh tahun mengalami defisit dan semua ini disebabkan oleh perkembangan industry permainan PC yang semakin meluas.

Fokus Acer terhadap segmen permainan PC nampaknya telah memberikan pulangan terhadap perniagaan Acer secara keseluruhannya. Penumpuan Acer terhadap segmen ini bermula pada tahun 2016 yang lalu apabila mula memperkenalkan laptop Predator yang mengkhususkan pada permainan PC.

Selasa, 10 April 2018

Samsung umumkan SSD berkapasiti 30TB




Samsung hari ini mengumumkan pihaknya telah mula menjalankan pembuatan berskala besar bagi menghasilkan SSD berkapasiti terbesar di dunia keluarannya. Pada faktor bentuk 2.5 inci, pemacu ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 30.75 terabyte melalui teknologi Samsung V-NAND.

Dikenali sebagai PM1643, pemacu ini menggabungkan 32 batang flash NAND 1TB, yang setiap satunya mengandungi 16 lapisan cip V-NAND 512GB yang disusun secara bertindan. Melalui teknologi ini, pemacu terbaru keluaran Samsung ini mampu menawarkan kadar pemindahan data yang sangat pantas – hingga tiga atau empat kali ganda berbanding SSD biasa – berserta mampu di’boot’kan dengan lebih pantas.

Teknologi Imbasan Wajah Huawei didakwa lebih baik dari Face ID


Apa yang membezakan teknologi ini dengan Face ID adalah tahap keperincian data yang diimbas ke dalam sistem. Sedang Face ID Apple boleh digunakan sebagai ciri keselamatan biometrik, sistem dari Huawei ini pula dikatakan mampu mengumpulkan data 10 kali ganda lebih baik berbanding Face ID.