Microsoft kini sedang mengusahakan penambahan tab ke dalam Windows Explorer, seterusnya membolehkan pengguna untuk meletakkan kelompok aplikasi yang sama ke dalam satu ruangan. Hasilnya, ia akan kelihatan seakan-akan tab-tab di dalam Microsoft Edge.
Fungsi ini akan dibawa untuk pengujian ke dalam Windows Insider tidak lama lagi. Malah, video berkenaan bagaimana tab ini akan berfungsi turut disediakan oleh pembangun-pembangunnya di Redmond. Berdasarkan video tersebut, penggunaan komputer bakal dipertingkatkan apabila ia disesuaikan dengan kebiasaan pengguna melayari web dengan menggunakan pelayar.
Tiada sebarang garis masa ditetapkan untuk memperkenalkan fungsi ini dan ianya mungkin akan mengalami pelbagai bentuk perubahan sebelum Microsoft berpuas hati dengan hasil akhirnya. Kemungkinan besar juga fungsi ini akan dibawakan julung kalinya menerusi Microsoft Windows 10 Universal Apps.
Laman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan