Selasa, 10 April 2018

Teknologi Imbasan Wajah Huawei didakwa lebih baik dari Face ID


Apa yang membezakan teknologi ini dengan Face ID adalah tahap keperincian data yang diimbas ke dalam sistem. Sedang Face ID Apple boleh digunakan sebagai ciri keselamatan biometrik, sistem dari Huawei ini pula dikatakan mampu mengumpulkan data 10 kali ganda lebih baik berbanding Face ID.

Sistem imbasan wajah Huawei ini juga boleh menghasilkan 300,000 titik-titik data dalam tempoh 10 saat imbasan. Ia juga direka untuk berfungsi dengan lebih pantas yang mana membolehkannya membuka telefon dalam tempoh 0.4 saat selepas permulaan imbasan.
Huawei/Honor turut mempersembahkan perbandingan di antara Apple Animoji dengan versi yang dibangunkan oleh pihak syarikat sendiri. Disebabkan sistem imbasan wajah syarikat dari China ini berkelebihan dari segi pengumpulan data, ia mampu mengajuk ekspresi wajah yang lebih kompleks, seperti menjelir lidah.-
Pada masa akan datang, Huawei merancang untuk memasukkan LIDAR ke dalam sistem penderia berkenaan. Seterusnya membolehkan pengguna mengimbas objek dan menggunakannya di dalam aplikasi realiti maya atau imbuhan pada telefon pintar.
Bagaimanapun, pihak Huawei tidak menyatakan bilakah sistem ini akan diperkenalkan pada peranti dan mungkin ianya bakal dilaksanakan pada tahun hadapan.

LAMAN : http://anakaskarpencen.com/blog/2017/11/imbasan-wajah-huawei-face-id/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan